Friday, June 25, 2010

Ikan bakar

ni satu lagi menu utk wani n her friends, ni dari resepi cik ena

buat bumbunya dulu-buat awal pun ok boh dlm peti ais nak masak keluarkan aja
cili kering + serai+ bawang putih + b. merah+ halia = kisar halus then masak atas dapur..tumis dgn minyak lah..sampai agak kering boh daun kesum



guna sebarang ikan, patin ke, pari ke, kembung ke, siakap ke...any ikan. today i used ikan patin n cencaru..basuh bersih letak garam n kunyit, ambil daun pisang letak ikan dan sapu bumbu tadi..then bakar atas kuali leper..


buat gini pun blh gak nanti bakar dlm daun pisang..

Ayam masak paprik

Hari ni wani bawa balik kawan..nak masak apa ek..tgk apa dlm peti ais hmmmm

how to do it?
sempoi je lauk ni tak ada masa nak masak 2 / 3 menu ni lauk 2 in 1

ayam tu chop kecil2- boh garam n kunyit , tumis dlm kuali..tumis ni minyak sikit tau cam nak tumis bawang tu
dah agak masak ayam tu boh cili kering kisar..dlm 3 sudu makan..kacau lagi sampai cili masak
letak bawang putih + serai ( ketuk or kisar ok je) + daun limau purut + halia + kacau lagi.
boh udang + sotong, kacau lagi boh sos cili sikit dlm 3 sudu
boh air, garam + gula merah ( 1 sudu)
lastly boh sayur pilihan,...apa2 yg suka..then tepung jagong 2 sudu bancuh dgn air curah dlm bahan2 ni
lagi lastly letak bawang besar hiris..kacau sampai didih dan pekat angkat

Saturday, June 19, 2010

Ayam masak black pepper


1- ayam - letak garam + kunyit goreng garing..set aside
2- blend cili padi, ikut suka lah nak pedas boh banyak....but dont lah ruin yr stomach...yg ni dlm 10 biji.+ halia+3 biji  garlic+ 1 biji bawang besar
3- tumis bahan blend..put salt n gula merah...kacau sebentar..put sos tiram n serbuk lada hitam..kacau sebentar..letak ayam goreng tadi dan bawang besar hiris..dah siap..kalau ada daun bawang boleh hias dgn daun bawang or cili potong..green pepper yg besar2 tu..
ni sebenarnya nak test blender baru ha ha ...ada 5 blades oooh tajam sekejap aja blend..

Sambal tumis ikan bilis

 ni lauk favourite in the house...and here is the secret recipe...

how to do it?
1- ikan bilis goreng sekejap- angkat tak perlu garing sangat
2- blend cili kering + garlic - tumis dgn minyak yg sedikit..kacau sampai naik minyak, put salt and gula merah ( kalau byk ni punya sambal 3 sudu teh gula merah), kalau ada gula kabung yg leper bulat tu patah dua boh setengah je..
3- blend satu biji tomato medium size- curah dalam kuali tadi, kacau lagi, if tak ada tomato air asam jawa pun ok but our family recipe use tomato blend..lebih sedap
4- letak ikan bilis dan bawang besar yg dah dihiris..kacau kalau nak pekat lama sikit kalau nak berkuah kacau sekejap je..biasa kita makan ada kuah like picture above...

Monday, June 14, 2010

Solat Duha

Hikmah sholat dhuha begitu besar. Dalam beberapa hadits Nabi diungkapkan tentang itu semua.
Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.”
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]
Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: [1] puasa tiga hari setiap bulan, [2] dua rakaat shalat Dhuha dan [3] melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad-Darami]
Dari Abud Darda, ia berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku tiga hal. Hendaklah saya tidak pernah meninggalkan ketiga hal itu selama saya masih hidup: [1] menunaikan puasa selama tiga hari pada setiap bulan, [2] mengerjakan shalat Dhuha, dan [3] tidak tidur sebelum menunaikan shalat Witir.”
[HR. Muslim, Abu Dawud, Turmuzi dan Nasa’i]

Solat dhuha ni bukan sahaja untuk memohon rezeki bahkan setiap perkara yang baik berlaku pada kita merupakan rezeki juga. maka mulakanlah harian kita dengan solat duha semoga kita mendapat kebaikan pada hari tersebut dalam apa jua yang kita lakukan..nak mulakan kerja semoga kerja kita membuahkan hasil..berjaya dilaksanakan..nak exam pun semoga boleh jawab soalan dengan sempurna..

Disebutkan juga Allah menyediakan sebuah syurga untuk mereka yang sentiasa menunaikan solat duha..tak mau ke masuk syurga dengan mudah? tunaikan solat duha setiap hari..syurga ni juga dinamakan syurga ad-dhuha..bukan payah pun sekurangnya 2 rakaat setiap pagi tatkala matahari baru terbit..

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"



( Riwayat At-Thabarani )
from this book, there are a few interesting tips about solat duha


1- solat dhuha itu adalah umpama makanan bagi perasaan dan batin, kalau sudah biasa melakukannya batin kita tidak mudah kelaparan
2- jamahlah hati mu dengan kebesaran nama allah, konsisten menjalankan ibadah, dan merefleksikan hidup mu dengan kebeningan hati, kalau sudah biasa mengisi hidup dengan hal ini, emosi dan spiritual bakal meningkat.
3- solat dhuha adalah pengalaman hidup yang mesti diawali dengan keyakinan penuh bahawa ibadah ini sangat bermnafaat bagi peningkatan peribadi. ia adalah ibadah yang tepat utk dijadikan perantara mengubah pengalaman hidup yang buruk dengan sesuatu yang lebih baik
4-solat dhuha itu adalah bekal diakhirat nanti agar kita boleh hidup tenang, aman dan indah
5-pada saat fajar sedang menyinsing, tuhan hendak memberikan secicah cahaya hidup buat manusia, bahkan saat kamu menghirup udara dipagi hari yg segar, petanda bahawa kurniaNya selalu mengirimu. utk memulakan aktiviti kehdupan dari pagi ke petang, maka kamu haruslah meraih ridhaNya...iaitu dgn mengerjakan solat dhuha
6- keyakinan yang dibentuk oleh otak, perasaan, dan hati kamu adalah kekuatan yang berfungsi bagaikan benteng pertahanan. saaat ada serangan2 dari luar, kekalahan dirimu ditentukan oleh benteng pertahananmu itu. solat dhuha adalah pencipta benteng pertahanan dalam diri kamu yang berfungsi menangkis serangan2 berupa masalah dari luar diri kamu


'wahai anak adam, jangan sekali2 engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat dhuha), nescaya aku akan cukupkan keperluan mu pada akhir harinya'
( thabrani)

solat dhuha bagaikan seorang pembimbing, penunjuk arah dan penunjuk jalan untuk mengujudkan impianmu. impian yg tidak hanya berkisar keperluan material, lebih tinggi dari itu, iaitu meraih puncak kebahagiaan dan agar kamu membuka pintu syurga.

Sunday, June 13, 2010

Boycott Israel Campaign

salam,
mari kita tingkatkan usaha boycott barang yahudi...
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi: Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu
Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10).  Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim]. Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita  yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Makanan

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays… dan sebagainya.
Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato… dan sebagainya.
Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls… dan sebagainya.
Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake… dan sebagainya.
Syarikat Cadbury - ahh betullah tak blh beli cadbury lagi..kraft tu company yahudi..
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan… dan sebagainya.
Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda… dan sebagainya.
Syarikat Hadaiq California
Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali… dan sebagainya.
Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah… dan sebagainya
Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips… dan sebagainya.
Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam… dan sebagainya.
Minyak Sayuran Rawabi, Fern
Makaroni Columbus, Hayo
Chipsy
Delta
——————————————————————————–
Super Market
Sainsburry
Heiz
Edge
Tesco
——————————————————————————–
Kedai Makan/Restoran
McDonalds
Tikka
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Kantis
Arby’s
Pizza Hut
Chicken Tikka
Paradise
McBurger
——————————————————————————–
Alat Pencuci dan Kecantikan
Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean… dan sebagainya.
Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy… dan sebagainya.
Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade… dan sebaginya.
Syarikat Revlon Make-up
Syarikat East In Sambel
Syarikat Beverly Hills
Syarikat Sitreen
——————————————————————————–
Bahan Tenaga
Bateri Kenderaan Milestone
Bateri Kenderaan Powder
Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready… dan sebagainya.
——————————————————————————–
Alatan Sukan
Nike
Universal
Power
Paramount
Youngers
——————————————————————————–
Pakaian
Jean’s Basic
Kelvin Klein
Levi’s
Basic
Ralph Lauren
——————————————————————————–
Alatan Pejabat
Syarikat Delta Egypt
Parker Schiffer
Pen Schiffer
Higher
——————————————————————————–
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Mac
IBM
Intel
Uracel
Nokia
Motorola
Digital

Saturday, June 12, 2010

Ada yang memerhatikan kita setiap hari

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. 

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Renung-renungkanlah... ... Wallahualam 

Langkawi..9-11 June

salam,
we started our journey from penang..from tokwan's house lah..drive to bayan lepas's airport

from penang's bridge...penang pesat membangun dah tak sama mcm what we used to live before..totally different. rumah lama pun dah tak nampak mana pi entah..














Penang international airport...wait se minit ada drama air mata kat airport ni he he ..eh kita orang jumpa amy search masa nak masuk ruang departure...pak guard tu tiba2 stop ambil gambar..kami pun tgk lah sape tu..rupanya amy search..pak guard tu soh wife si amy ambil gambar dia dgn amy..guna his handphone lah















ni lerr drama air mata he he...rupanya kena tunjuk ic or birth cert nak naik AA walau pun local flight...puas bergaduh dgn staff tu..sbb Mas tak kena pun..so main psikologi sikit lah..talk slowly and persuade them to let us in..mula nak tinggalkan baby dah nak call maksu mai ambil dia..dia pun apa lagi cry kat depan kaunter tu gak lah..sib baik dia cry situ staff AA tengok pun kesian he he...dia kata ada baca tak T n C? dlm hati..ceh sape nak baca tulisan cenonet tu? dlm hati je..dia pun bagi lecture jap sabar je lah dgr dia pot pet pot pet..
pastu dia ajar kami menipu..nanti balik dari langkawi nak ke penang..buat polis report kata birth cert hilang or else tak dpt naik plane lagi he he..



ni tunggu nak masuk plane ni lah..dlm terowong cermin gelap sbb tu gambar pun gelap je




dalam plane nak take off..alahai flight ni sat aja..baru je take off..tak sempat nak buka seat belt..stewardess announced prepare for landing? plane pun terbang rendah blh ambil gambar daratan..telinga pun tak sakit time take off or landing and nobody bought food dlm plane pun







fly dalam awan tu...atas pun ada awan pelik ni berapa lapis awan daa...

langkawi from air


alhamdulillah dah selamat landing di bumi mahsuri













kat airport punya ramai yang sambut ketibaan kami he he..counter penyewa kereta lah..walau pun ada harga standard yg telah ditetapkan oleh kerajaan bab sewa kereta ni kat sini kena pandai bargain boleh dpt good car..mula dah called agent yg diiklan kat forum dia bagi rm100 for wira auto kat airport ni dia orang bagi rm80 je, called balik agent tu u nak bagi same price tak? dia kata ok so kami proceed keluar airport..keluar airport wira yg dijanjikan aircond tarak so ambil je lah kia rio..ok gak smooth boleh isi semua penumpang yg size XXXL ni

we stayed at best star hotel..oklah service ok rm120 per nite..breakfast included..punya ramai orang kat langkawi mostly foreigners..dok area pantai chenang lagi happening..malam2 memang hidup area ni macam tak ada orang tidur aja..dah kul 12 stil busy..
sampai je area hotel kami lunch kat satu gerai..sedap ..makan ikan bakar dan nasi campur..then rest kat hotel lepas asar pi kuah shopping

first kedai kita orang singgah..semua kata eh macam pi jogja lah pulak..kedai ni jual batik ada byk batik yg sebiji kita beli kat jogja hari tu..baju batik, seluar batik semua sama..
semalam masa kat KL baby tanya pi langkawi guna duit apa? dah tukar duit ke? he he ..wani pulak cakap 'eh jgn lupa passport' dia orang ingat langkawi tu mcm pi indon gak sbb seberang pulau..baru sampai semua rasa eh mcm jalan2 kat jogja aja ada hutan2..kedai batik..


first day sebab dah petang sampai kami pi kuah shopping choc..pinggan mangkuk memang murah tapi tak berminat nak beli...corelle pun  tengok harga dari satu kedai ke kedai lain, harga berbeza..cuma beli set pisau utk wedding kawan hari ni..

beli choc pun pilih2 tak mau beli product yahudi yg memang ada banyak jual di sana...juga ada choc yg tak halal..kena baca ingredients lah...

banyak beli kerepek ikan bilis sedap pulak..sebungkus rm9 mula beli 5 bungkus esok nya beli lagi 7 bungkus..he he ..beli ikan bilis fresh yg dah siap kopek also very cheap..sotong kering yg tak perlu rendam dgn air abu tu...yg kena rendam air abu tu bahaya jgn beli...

kami pi langkawi mall..konon yg terbesar di langkawi..tp biasa je tak adalah besar sangat...dalam tu pun ada sale gak..kat billion tu jenama jeep - daddy suka brand ni ada sales up to 70%, faris beli seluar  diesel sehelai rm25, dia beli seluar 2, tshirt 2 = rm80 brand  apa lagi satu tah..

then kami merayap ke pasar malam...makanan murah gak..beli bungkus bawa balik ke hotel....tak perasan terbeli banyak..time lapar semua benda nak rasa.



nampak tu first bill kat kedai jual choc haji ismail group...dua ratus lebih tu beli choc aja..









then jalan2 kat langkawi mall..the biggest mall in langkawi kabarnya but indah kabar dari rupa..tak lah besar mana pun..






jgn jeles he he











second day....disaster for me...
second day pi island hopping..ni lah pengalaman ngeri


pagi tu time breakfast hujan rintik2 tgk laut bergelora..tanya agent tu ok ke nak gerak condition macam ni dia kata ok...kul 9 dia ambil dgn van bawa ke awana porto malai tu

gambar2 di jetty awana porto malai utk berlepas ke pulau dayang bunting

dalam bot baru nak gerak ok lagi ni he he



ni pengalaman ngeri lah for me.bukan mabuk laut tapi jantung asyik tersentak2..pagi2 ni air pasang so ombak tinggi2 belaka..bot pulak laju  dok depan sekali belakang driver bot ni...asyik tersentak2 aja lah
bot bahagian depan tu kan terangkat atas sikit compare yg bahagian belakang..asyik berdentum berdentum dia lawan ombak..kira dah pucat dah..pinggang sakit terhentak2 kuat tu kira mcm terhentak atas batu keras..mulut tak henti lah berzikir time ni lah baru ingat hidup mati he he ...memang ngeri lah..air laut simbah kami..at one time dia nak elak ombak bot tu mengiring ke kanan tiba2 sib baik dia sempat stabil kan boat tu kalau tak terjunam kami, tp kami yg dok sebelah kiri bot semua terjatuh dlm bot termasuk me n wani, habis basah seluar semua..tak blh imagine waktu ni  ingat dah terhumban ke laut tadi..dlm bot tu pelancong asing ..satu mat ni kata, dont worry i think this is the worst could happen after this no more....takdenya lepas tu ombak kuat lagi habis semua terkena air laut..basah kuyup ni....pengalaman ngeri sungguh....sampai penumpang jerit gak soh driver ni slow down...sampai tasek dayang bunting... tak boleh bangun..pening sangat..anak bagi gula2 angin relax dulu...baru lah boleh jalan..ada satu mat tu masa jalan dari jetty dia terjatuh kat batu tepi2 jeti tu..dizzy lagi ke apa tak tau lah teruk gak kaki dia berdarah..sib baik ada emergency aid dlm boat dia orang boh ubat n plaster...




kat tasek dayang bunting ok lah memang nice view..ramai pelancong asing dan juga monyet2..yg sangat berani nak rampas makanan di tangan orang pun depa berani..anak saya terjun gak dlm tasek without life jacket tu seriau tengok air dalam 10m kabarnya..tp air tu sedap kata anak he he ...







mendaki anak tangga ke tasik dayang bunting








































then gerak ke area tengok helang tu...then to pulau beras basah...saya rasa tak payah pi pulau ni pun takpe tak ada apa...just tengok monyet2 je..ramai yg mandi kat pulau ni






mana helangnya ni??? tak masuk camera ke









 ada banyak pokok2 ni kat pantai beras basah ni..



















dulu pena ke langkawi ada pi pulau yg bela rusa tu kat mana ya?

bayaran pi island ni rm30, kanak2 rm25...

balik sampai bilik rehat jap lepas zuhur kami ke kuah lagi..nak cari restoran wan thai..sampai2 sharp at 3 pm restoran ni tutup at 3, dia buka dari jam 11-3, then 630 sampai 11 malam semula..
singgah lagi kat deretan kedai haji ismail dan lain2 tu..kali ni saya beli bag luggage yg keras ni..kebetulan memang nak beli bag..24inc punya rm79..oklah..ni bila isi penuh ngam2 14kg..husband beli lagi kerepek bilis...nak bawa balik abu dhabi katanya..penuh luggage dia dgn kerepek ni...





wan thai tutup kami lunch kat restoran ni he he..familiar je nama tu memang orang nama ni pandai masak he he






rawatan resdung permata hijrah...




then ke jetty..anak nak makan donut j co yg femes tu...nampak counter permata hijrah..dua anak saya buat rawatan resdung buang lendir2 tu..sorang kena rm50. kat sini pun ada sale jugak saya beli bag tali jerami dgn hiasan siput2..very nice.



nak runtuh ke tiang bendera tu wani oii...



dataran helang...from jetty..


cukup 630 kami gerak ke wan thai...kami first customers yg sampai he he ...makan utk ber5 kena rm125 ok lah anak2 saya jenis kuat makan, ni berat sorang2 100kg ni kira makan puaslah...order menu semua yg L size he he
 lena tunggu makanan sampai...


sorang lagi lena....


















ikan siakap 3 rasa, tomyam size L, ayam masak cendawan n mushroom, sayur campur, pulut mangga
anak saya kata sedap memang sedap tp we wont miss it sbb kat rumah ni ada satu gerai yg tom yam nya dan ikan masak 3 rasa nya sama quality mcm kat wan thai ni...semalam baru sampai pi singgah kedai kat rumah ni


ni pulut mangga, faris punya teringin nak makan hari ni beli mangga n pulut nak buat pulut mangga ni










pinggan sape la ni ish ish ish


















pelayan semua come2 belaka..cakap siam belaka..satu orang tunggu kat every table kut nak isi air lagi ke..tanya nak pi toilet dia pi hantark sampai kat pintu toilet...dasat service..ni minah ni tengah bancuh somtam..tu lah makanan kerabu siam tu ada betik muda and all sort of things inside..


dah kekenyangan....also look so sleepy...







this is our car in langkawi

lepas dinner kami gerak balik hotel..area pantai chenang kan ada bazar malam..jalan2 kat bazar ingat nak pi pasar malam ada gak hari khamis malam kat area ni..tp dah tak larat
saya singgah urut kaki kat malay foot massage..ada thai, ada mcm2 tempat urut..sempat sembang dgn indian couple ni cite kisah pi island hoping tadi..dia kata dia pi jam 2, very nice weather tak ada ombak pun..dah tu boatman dia bawa tak laju so very ok..slow and steady..mana tak nya kami sampai dlm 30 min dia punya dlm 40 min gitu..so it depends on the driver of the boat lah kalau orang muda ni dia style bawa laju i think nak merempit kat laut luas tu...orang tua kalu slow n steady....
me n wani urut kaki kat sini, daddy dgn 2 anak lagi pi urut guna fish...full house rumah urut ni...tu pun ramai jenguk nak mengurut kena tunggu berejam2 depa belah cari yg lain..urut kaki kena rm27 for 30 min





thirday day lepak2 jalan2 pusing island ambil gambar..pi area aquarium tu dekat je dgn hotel..makan cendol n cucur udang tepi jalan..daddy gi shopping kat tzone ke nama kedai tu..sempat dia merembat jam, sini pun ada sale gak  beli baju baby lengan panjang 50% off..tambah lagi beli choc..





















then pegi beras terbakar..dah lain dari dulu..dulu tak ada gerai banyak2 ni..tempat beras terbakar tu tak di pagar kami boleh korek2 lagi dgn tangan cari beras..tuan rumahnya dulu satu makcik tua dia dok entertained kami sembang2 cite hal sejarah dulu2 tu..sekarang dah jadi lain..byknya gerai...beli gak lak blouse batik sehelai...wani beli t shirt lengan panjang..
























then gerak pi airport..bye bye langkawi..boleh lah pegi lagi utk just relax2 or shopping..sbb semua tempat2 tu dah visit..rasa nak stay kat tempat yg ada bela gajah tu..

 last meal at langkawi's airport..nasi lemak sebungkus rm3 oohhh


after 20 minutes flight we safely arrived in penang. then from penang merempit balik Kl...3 hours sampai Kl..on the way there was a beautiful rainbows...following us all the way to KL..