Monday, June 14, 2010

Solat Duha

Hikmah sholat dhuha begitu besar. Dalam beberapa hadits Nabi diungkapkan tentang itu semua.
Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.”
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]
Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: [1] puasa tiga hari setiap bulan, [2] dua rakaat shalat Dhuha dan [3] melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad-Darami]
Dari Abud Darda, ia berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku tiga hal. Hendaklah saya tidak pernah meninggalkan ketiga hal itu selama saya masih hidup: [1] menunaikan puasa selama tiga hari pada setiap bulan, [2] mengerjakan shalat Dhuha, dan [3] tidak tidur sebelum menunaikan shalat Witir.”
[HR. Muslim, Abu Dawud, Turmuzi dan Nasa’i]

Solat dhuha ni bukan sahaja untuk memohon rezeki bahkan setiap perkara yang baik berlaku pada kita merupakan rezeki juga. maka mulakanlah harian kita dengan solat duha semoga kita mendapat kebaikan pada hari tersebut dalam apa jua yang kita lakukan..nak mulakan kerja semoga kerja kita membuahkan hasil..berjaya dilaksanakan..nak exam pun semoga boleh jawab soalan dengan sempurna..

Disebutkan juga Allah menyediakan sebuah syurga untuk mereka yang sentiasa menunaikan solat duha..tak mau ke masuk syurga dengan mudah? tunaikan solat duha setiap hari..syurga ni juga dinamakan syurga ad-dhuha..bukan payah pun sekurangnya 2 rakaat setiap pagi tatkala matahari baru terbit..

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"



( Riwayat At-Thabarani )
from this book, there are a few interesting tips about solat duha


1- solat dhuha itu adalah umpama makanan bagi perasaan dan batin, kalau sudah biasa melakukannya batin kita tidak mudah kelaparan
2- jamahlah hati mu dengan kebesaran nama allah, konsisten menjalankan ibadah, dan merefleksikan hidup mu dengan kebeningan hati, kalau sudah biasa mengisi hidup dengan hal ini, emosi dan spiritual bakal meningkat.
3- solat dhuha adalah pengalaman hidup yang mesti diawali dengan keyakinan penuh bahawa ibadah ini sangat bermnafaat bagi peningkatan peribadi. ia adalah ibadah yang tepat utk dijadikan perantara mengubah pengalaman hidup yang buruk dengan sesuatu yang lebih baik
4-solat dhuha itu adalah bekal diakhirat nanti agar kita boleh hidup tenang, aman dan indah
5-pada saat fajar sedang menyinsing, tuhan hendak memberikan secicah cahaya hidup buat manusia, bahkan saat kamu menghirup udara dipagi hari yg segar, petanda bahawa kurniaNya selalu mengirimu. utk memulakan aktiviti kehdupan dari pagi ke petang, maka kamu haruslah meraih ridhaNya...iaitu dgn mengerjakan solat dhuha
6- keyakinan yang dibentuk oleh otak, perasaan, dan hati kamu adalah kekuatan yang berfungsi bagaikan benteng pertahanan. saaat ada serangan2 dari luar, kekalahan dirimu ditentukan oleh benteng pertahananmu itu. solat dhuha adalah pencipta benteng pertahanan dalam diri kamu yang berfungsi menangkis serangan2 berupa masalah dari luar diri kamu


'wahai anak adam, jangan sekali2 engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat dhuha), nescaya aku akan cukupkan keperluan mu pada akhir harinya'
( thabrani)

solat dhuha bagaikan seorang pembimbing, penunjuk arah dan penunjuk jalan untuk mengujudkan impianmu. impian yg tidak hanya berkisar keperluan material, lebih tinggi dari itu, iaitu meraih puncak kebahagiaan dan agar kamu membuka pintu syurga.

No comments:

Post a Comment