Monday, April 18, 2011

Macaroon

ohh ni tengah trend sekarang ni..org buat door gift..last saturday ada kesempatan attending demo how to make macaroon by chef karam, from taylor's college..check it out

resepi di type semula oleh puan sri lynn sham

MACARONS – Italian Meringue Method
by Chef Karam

Bahan A:

250 gm ground almonds/hazelnut/pistachio
250 gm gula aising
90 gm putih telur

Bahan B:

90 gm putih telur

Bahan C – Sugar Syrup:

250 gm gula pasir
Sedikit air – sekadar untuk basahkan sahaja

Cara Menyediakannya:

1.    Satukan A, pukul hingga rata/sebati menggunakan ‘K’ beater.  Ketepikan.
2.    Dalam mangkuk berasingan, pukul B dengan kelajuan sederhana.
3.    Sugar Syrup:  Sambil itu, satukan C dalam periuk.  Tutup dengan foil dan masak hingga mencapai suhu antara 117˚C-120˚C (Chef masak hingga 118˚C.  Jangan risau jika terlebih air.  Sugar syrup perlu lebih masa lebih lama untuk capai suhu yang diingini).
4.    Angkat C dan tuang perlahan-lahan ke dalam B yang sedang diputar (tuang sugar syrup di tepi/dinding mangkuk).
5.    Putar (B+C) hingga pekat (menjadi meringue).
6.    Masukkan meringue (B+C) ke dalam A dan gaul perlahan hingga sebati (Chef putar sekejap menggunakan mixer kemudian gaul perlahan dengan spatula).
7.    Bahagikan adunan kepada 2 atau lebih bahagian dan warnakan ikut citarasa.
8.    Paipkan adunan ke atas dulang yang telah dialas dengan silicon paper.
9.    Angkat dulang dan ‘hempas’ beberapa kali untuk mengeluarkan buih-buih udara yang terperangkap.
10. Rehatkan sekurang-kurangnya 10 minit.
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama lebih kurang 10 minit.
12. Biarkan macarons shell sejuk sebelum di’sandwich’kan dengan ‘filling’ kegemaran.


Nota:

·         Untuk tahan lama, simpan macarons shell di dalam freezer (beku).






No comments:

Post a Comment