Thursday, November 18, 2010

Char kue teow

ni ngam memang best punya mesti try

hmmm rasa nak pi mkn aja sat lagi terliur ni...kedai buka tak?
char ko teow

cuba laa korang try k...die tak bg sukatan..so agak2 jer la erkk

Bahan nak Buat Kicap

Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
(masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

Bahan nak buat Pes Cili
udang kering
Isi Udang yang dah diblend
Cili Kering yang dikisar
Bawang Putih yang dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula

Sedikit minyak
(tumis bawang putih,bawang merah,cili Kering, Udang) sehingga menjadi mcm cili boh ..heheh

Bahan2 Buat Char ko Teow

Udang (jgn buang kulit,kepala,ekor) sebab tuh yg buat die maniss
Koteow halus
taugeh
kucai
lada sulah jika suka
kerang (rebus separuh masak) tak rebus pun takpa..lagi fresh
teloq
minyak

Cara2 nak goreng koteow

1) Masukkan minyak (api mesti kuat..kalau boleh bakar cicak kat syiling lagu baguish)
2)Goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan
3) tuang 2 sudu besar kicap char koteow..kacau
3) Masukkan 3 sudu besar pes cili yang dibuat td.....kacau hingga garing
4)Masukkan koteow...gaul..tauge...gaul...kucai..kacauu...
5)pecah 1 biji telor...kacau...lepas tuh tuang 1 senduk/mangkuk kecil kicap char ko teow sekali lagi
6) kacau dan tutup api...
7)kalau buh kicap tuh byk..so kuah die byk la......terpulang..
sedap gak resepi die....nak2 plak makan dgn cabai jeruk

hari ni buat lagi version simple jer...al kisah dah masak lauk semua nak masak nasi, beras habis?? wah kacau ni..char kue teow ni ingat nak mkn petang so msk masa lunch..petang baru mkn nasi..lps sms faris soh beli beras on the way dia balik dari DQ

tumis jer bawang merah + putih yg dah dichop..then cili kisar...taruk air..byk lah..boh kicap+ sos ikan+ udang+ kicap...biar lama sikit sampai udang dah layu..letak kerang..kucai + taugeh+ kue teow...kacau kejap..letak telur..4 biji ni utk sebungkus 500g kue teow....dah siap..walla...jgn boh garam, sos ikan tu dah masin..kicap also masin..
















Samperit n Putaran lemon

ni kes berjalan raya rumah orang...bukan rumah org lain rmh adik beradik gak kat kedah nun..baby mkn sebalang kuih ni??? siap bertambah2??? ish ish so minta resepi
yang putaran lemon yg color jernih ni yg semperit ada ceri atas tu
resepinya:
nampak kut ni from camera...cara2 buat as usual lah

Kek Oren

ni buat raya puasa baru ni moist sangat


kek oren yg atas sekali on the left
berkenan tgk resepi dia ada tepung custard first time buat kek boh tepung custard..cuak gak mula tp it turn out so good...cuba lah resepi2 kat sini semua dah tested...

Bahan-bahan 

  • 1 1/2 cwn butter
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 5 bj telur gred A
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 camt esen vanila
  • 1/2 camt soda bikarbonat
  • 1/2 cwn jus oren sunkist (1 bj)
  • 1 1/2 camb kulit limau sunkist yg diparut
  • 1 camt baking powder
  • 2 camb susu pekat

Cara-cara

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  2. Masukkan pula esen vanila, susu pekat, jus oren dan kulit limau parut. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan semua jenis tepung yg telah diayak dgn soda dan baking powder.
  4. Tuang ke dalam loyang dan bakar suhu 185'c selama 50 minit atau sehingga masak. Gunalah lidi untuk menguji dah masak ke belum.

Wednesday, November 17, 2010

Maja blanca- philipines dessert

atas ni taburan kacang tanah jer
MAJA BLANCA
Sumber: hana6877 [http://www.myresipi.com/top/detail/6990]
 
Bahan A:
2 cawan santan
½ cawan cornstarch @ tepung jagung
½ cawan gula
¼ cawan air
 
Bahan B:
¼ cawan jagung manis dalam tin
¼ cawan kismis
 
Bahan C:
½ cawan kacang tanah tumbuk
 
Cara Menyediakannya:
1. Gris loyang 8x8in dengan sedikit minyak.  Ketepikan.
2. Satukan A, kacau rata.
3. Masukkan B.
4. Masak dengan api sederhana hingga likat/pekat sambil dikacau sentiasa.
5. Tuang ke dalam loyang, tabur C. Sejukkan.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan

Biskut daisy strawberry



ni resepi from my fren cik ena
..tiap tahun dia buat jual

Bahan A
250g butter
60g gula icing
220g tepung gandum
140g tepung jagong
esen vanila

Bahan B
160g butter
160g tepung gandum
60g gula icing
60g tepung jagong
2 sd kecil paste strawberry

uli macam biasa buat biskut..terap dulu acuna buang utk bahan A..then pipekan strawberry dari bahagian B..mcm dlm gambar guna nozzle bentuk bunga

Sayur kacang kelisa goreng tempe

ada panggil kacang botol..kacang star mcm2

kacang kelisa goreng tempe
biasalah masak sayur takkan tak reti tp ni for my kids yg baru nak belajar masak

sayur tu basuh n hiris panjang2..
kalau guna tempe, tempe tu di hiris halus letak garam n kunyit goreng dulu bagi garing. boleh gak guna ikan bilis..goreng dulu ikan bilis

cara masak..
tumis bawang putih n merah...then letak cili dlm 3 sudu besar...kacau lama sikit bagi cili masak betul baru letak sayur n tempe..gaul rata letak garam ( skt jer)..

baby makan sayur ni je dgn pucuk ubi..lain dia tak mau

Rendang daging pedas

teringat baru buat blk kg baru ni...

rendang pedas daging


sorry gambar esok lah rendang dok dlm freezer ha ha..mls pi snap
bahan2 mcm biasa
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
cili kering
semua bahan ni dipotong kecil, basuh then goreng dgn minyak sekejap pastu blend

daging boh dlm kuali + bahan blend+ santan- x perlu banyak..sekg daging sebiji kelapa, kacau sampai kering letak kerisik..garam n gula sikit..n lastly daun kunyit hiris

Kek gula hangus

my mom suka bangat dgn kek ni selalu nak blk sban buatkan utk dia...selalu buat tp gambar tah mana tah ha ha
next time eh

kek gula hangus gambar atas on the right

Kek Gula Hangus
Sumber : Pn. Halimah

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

ikut je steps semua ni insyallah jadinya

Kek Choc Moist

ni version bawa blk kg utk raya haji
ni version jual rm6 je he he


















BLACK BEAUTY CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine ( guna tpg gandum)
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
Guna loyang 8x8

Topping
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn susu choc/ susu cair/ fresh milk
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin
Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau..agak likat tutup api letak marjerin then terus sapu atas kek masa panas2 ni

Sushi n california roll

 Buluh untuk menggulung sushi..blh beli kat jaya jusco rm4.50 kat rak supermarket bahan2 jepun




Beras jepun..masak 1 pot beras + 2 pot air..msk dlm rice cooker cam biasa..alamak ni seaweed lah jap mana rupa beras ni eh




seaweed blh beli kat any supermarket ada size besar or kecil
nasi baru masak
ha ni beras jepun..sekg rm10.90

bahan inti sushi..ketam n udang- kukus dulu kut nak ikut jepun mkn mentah blh gak

timun jepun n cili hijau panjang

tuna di msk sekejap campur chop onions n lada hitam/sulah

telur dadar..gulung n hiris

 

nasi dah masak tadi letak cuka..agak2 lah jgn byk sgt masam nanti blh terasa sikit ok lah..dkn 2 sd teh

letak nasi atas seaweed dan inti yg disukai

gulung guna tikar ni

dah siap di gulung..gambar ats tu kemudian patutnya he he

gulung ler sampai habis nasi n inti
potong dan simpan

ni nama california roll..seaweed tu belah dua buat mcm bungkusan kacang putih..isi nasi dan segala yg disukai blh mkn dgn kicap cair or mayo
taraa.....save duit..kat kedai sekeping rm1 ni