Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Kuih Bakar


baru buat kuih ni on saturday utk bawa ke majlis gathering chicagoan n kelas syariah ..sedap n senang nak prepare..gula tu kurangkan 150g..resepi from myresepi

original color ni from daun pandan no artificial color used

Kuih bakar
Bahan-bahan ( 10 potong )
Bahan A
12 helai daun pandan
200ml air
 Bahan B
210gm tepung gandum
1/2 tsp Garam

Bahan C
3 biji telur (Grade B)
 Bahan D
250ml santan pekat
 Bahan E
200ml Air
200gm gula
Pewarna hijau
Cara-cara
  1. Didihkan E, sejukkan.
  2. Blend bahan A dan ambil jusnya
  3. Blend bahan A,B,C & D
  4. Campurkan E bersama bhn2 yg telah di blend.
  5. Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan, ready utk dibakar.

Sunday, December 12, 2010

Goreng pisang rangup

petang ni buat goreng pisang raja...yg crispy..resepi from a friend..tak silap original resepi from zie JB

tepung goreng rangup- blh buat goreng apa2 pun..kasturi , pisang, keledek
10:6
10 bahagian tepung beras + 6 bahagian tepung kanji/ubi..ikutlah nak guna sudu ke senduk ke cawan ke ikut byk mana nak guna...+ telur + garam+ air kapur + kunyit sikit jer..sbb tindak bls air kapur nanti jadi warna lebam, dan akhir sekali jgn lupa bancuh dgn air ais..yg dlm peti ais tu..





cicah sambal tumis pun sodap

Monday, November 29, 2010

Apam

Apam Tepung Gandum™

Apam_tpg_gandum

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam

Cara-cara

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Apam_gandum_dibancuh
    Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Apam_gandum_d_kukus
    Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Apam_gandum_d_sejukkan
    Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.

Karipap

from my resepi

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
  7. 1
    Atas permintaan resepi Karipap Inti Keledek sblm nih, hana sertakan gambar2 step by step cara2 mengelim karipap stail hana. harap dpt membantu pd sesiapa dluar sana. tQ! nih karipap yg sedia utk dikelim. utk lebih cantik, gunakan gunting buang lebihan doh.
  8. 2
    picit@tekan@penyekkan bahagian ujung karipap
  9. 3
    tolak yg dipicit td dr belakang ke depan sedikit menggunakan sipi ibu jari anda. -lihat gambar yg no 11
  10. 4
    sambil tolak sambil picit@tekan@penyekkan yg seterusnya
  11. 5
    kemudian tolak ke depan lagi menggunakan sipi ibu jari anda
  12. 6
    picit@tekan@penyekkan lg dan teruskan langkah seperti step2 di atas
  13. 7
    sehingga jd begini dan buat sehingga habis
  14. 8
    taraaaaa... dah siap!
  15. 9

Sunday, November 28, 2010

Roti canai - leen omar

ni resepi from my freind gak..pasti debomb ni

Home Made Roti Canai Leen Omar
 
Bahan2
4 cwn tepung gandum
260 ml air
2 sm majerin/minyak sapi (sy guna minyak sapi)
1 bj telur (sy guna gred AA sal tu yg ada dlm peti ais sy)
2 sm gula 
1 st garam
 
Cara (leen omar nyer):
1.    Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati. (sy campak je sumer dlm BM - cecair dulu, diikuti minyak sapi, pastu garam-gula & last skali tepung.  guna setting "dough")
2.    Bulatkan adunan (sy wat kecik2 jd dpt dlm 22 biji. klu nk wat roti canai biasa, dpt dlm 10 biji). Lumurkan dengan minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak. sy lumur dgn marjerin je)
3.    Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai. (sy perap semalaman)
4.   Tebar adunan.  klu tak pandai menebar just canai guna tangan & tarik di sekeliling dulang
5.    Letak seketul inti yg dh siap masak di tengah tebaran & bungkus inti tersebut dgn adunan yg ditebar td.
6.    Panaskan kuali (sy guna kuali nonstick jd x perlu letak byk minyak) & goreng mcm biasa.
 
NOTA : Gula tu boleh jugak ditukar dgn susu pekat tapi leen prefer guna gula coz dia akan jadi rangup sikit berbanding menggunakan susu..
 

Friday, November 26, 2010

Onion ring

Onion Rings Recipe

  • 2 large yellow onions atau bawang besar jenis lain, peeled, sliced into 1/2-inch to 3/4-inch thick ringed slices, rings separated
  • 2 cups buttermilk, or 1 cup plain yogurt mixed with 1 cup milk
  • Salt
  • Freshly ground black pepper
  • 1 1/4 cups all-purpose flour and 1/4 cup cornmeal OR 1 cup prepared breadcrumbs flour plus 1/2 cup all-purpose flour
  • 2 or 3 cups of high smoke-point oil such as canola oil or peanut oil atau minyak sawit

Method:
1 Combine the buttermilk (or yogurt and milk) with 1 1/2 teaspoons salt and 1 teaspoon black pepper in a large bowl. Add the onions to the buttermilk mixture and coat thoroughly. Let sit at least 15 minutes.
 
2 In a separate bowl combine the flour and cornmeal, 1 teaspoon of salt and 1/2 teaspoon of pepper. Set aside.
 
3 Add the oil to a pan . Use more oil if necessary. Heat the oil to 350°F. Be very careful whenever handling hot oil. No running kids in the kitchen. No distractions. Do not answer the phone if it rings. Pay attention. Have the pan's lid close by.
You can test if the oil is ready by moistening a little bit of the flour and dropping it in the pan. If it sizzles and fries, it's ready. If it burns, take the pan off the heat and let the oil cool down a bit.

4 Working in batches, lift some onion rings out of the buttermilk and coat them in the flour mixture. Use tongs to place them one by one in the hot oil. Fry for a minute on each side, until golden brown. Do not crowd them. Place finished onion rings on a cookie sheet lined with paper towels to absorb the excess oil. Keep the complete onion rings warm in a 200°F oven while you fry the rest. Between batches, if you end up needing more oil, add some. Let the temp get back up to 350°F before starting the next batch.
Serve hot.

Kuih koci labu

my favourite kuih...from mealtimenus

 Kuih Koci Labu

P3150056

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Untuk Pastri
  • 150gm tepung pulut
  • 150gm labu
  • Untuk Dadih
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam
  • Untuk inti
  • 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
  2. Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
  3. Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
  4. Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
  5. Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
  6. Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
  7. Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
  8. Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.

Sunday, November 21, 2010

Wajik

WAJIK
 
Bahan:
600 gm beras pulut, rendam dan kukus hingga masak
300 gm gula merah
450 gm gula kastor - kalau ikut tekak I, boleh kurangkan
1 liter pati santan dari 1 biji kelapa
 
Cara menyediakannya:
1. Masak gula merah dan gula dalam periuk hingga cair atas api kecil dan tapiskan (dalam resipi tak ada air, tapi I campur air sikit sebab tak logik nak masak gula tak campur air pastu nak tapis.. dah tentu jadi gula hangus kan..).
2. Satukan santan dan air gula, masak hingga pekat.
3. Masukkan pulut dan kacau selama 10-15 minit sehingga sebati.
4. Apabila air gula kering, masukkan pulut ke dalam acuan/loyang (25x25cm), tekan padat dan sejukkan.
5. Potong dan hidangkan (masa I cuba tu, I tak masak sampai air gula kering..)

this recipe frm my friend Lynn sham

Wednesday, November 17, 2010

Maja blanca- philipines dessert

atas ni taburan kacang tanah jer
MAJA BLANCA
Sumber: hana6877 [http://www.myresipi.com/top/detail/6990]
 
Bahan A:
2 cawan santan
½ cawan cornstarch @ tepung jagung
½ cawan gula
¼ cawan air
 
Bahan B:
¼ cawan jagung manis dalam tin
¼ cawan kismis
 
Bahan C:
½ cawan kacang tanah tumbuk
 
Cara Menyediakannya:
1. Gris loyang 8x8in dengan sedikit minyak.  Ketepikan.
2. Satukan A, kacau rata.
3. Masukkan B.
4. Masak dengan api sederhana hingga likat/pekat sambil dikacau sentiasa.
5. Tuang ke dalam loyang, tabur C. Sejukkan.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan

Monday, August 30, 2010

Donut Cheese

kalau google kat internet donut sifu suria or donut cikgu sue u will find this recipe..its my own creation ok..tp yg kat internet tu resepi lama dah edit a few times so this is it


3 cups flour
3 teaspoon yeast
3 tablespoon sugar
1 tablespoon marjerine/ shortening- ni sudu penuh kasi bumbung sikit
3 tablespoon milk powder
gaul rata semua bahan ni..kalau ada mixer tu let the machine do this job..kalau guna tangan gunalah jari jemari tu ok
dah rata letak 1 cup water (200ml)..uli sampai lembut..dough ni memang lembut ala2 lekat sikit2 kat tangan

uli macam biasa bulat2, tengah2 letak cheese..yg beli makan dgn sandwich tu..satu keping belah lah 8 letak tengah2 donut ni bulatkan semula..susun jarak dalam dulang dah lapik plastik supaya senang nak angkat utk goreng nanti
tunggu dia kembang 2 kali ganda goreng...salut gula halus

Kuih sagon

kuih ni banyak kali buat dah..bawak pi sekolah bagi kawan2, bawak pi masjid utk berbuka posa..so easy to make

1 cawan sagu..yg berwarna, kalau tak bewarna boh warna kemudian
3/4 cawan gula
3 cups air

masak air dgn gula..boh pewarna yg disukai..dah mendidih masukkan sagu yg dah dibasuh dan tapis..kacau sampai pekat dan likat
loyang sapu sikit minyak..curah sagu yg dah masak tadi..then kukus 20 min

kelapa putih letak sikit garam, tunggu kuih sejuk potong dan gaul dgn kelapa