Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Sambal tempe dan ikan bilis


tempe..potong, letak garam n kunyit, then goreng..tapis
ikan bilis - digoreng then tapis

tumis bawang putih dan merah..sampai naik bau..letak cili kisar..+ garam + gula merah..kacau sampai cili masak...( dia keluar minyak semula dah masak lah tu ) letak bawang besar hiris..kacau lagi last sekali masukkan tempe dan ikan bilis tadi..

dah siap..senangkan

Wednesday, November 24, 2010

Sambal daun kunyit petai

Sambal Daun Kunyit Petai


Sambal Daun Kunyit Petai
BAHAN-BAHAN:
9 tangkai cili merah
2 helai daun kunyit
2 papan petai (jangan buang kulit)
1 labu bawang besar
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis kedua jenis bawang hingga kuning.
2. Kemudian masukkan cili kisar, petai, daun kunyit, asam gelugur, garam dan gula.
3. Tumis hingga garing.

 

Sambal belacan daun kari

SAMBAL BELACAN DAUN KARI


BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.

Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat sambal belacan.

Sambal

Sambal Cili Hijau

Sambal Cili Hijau
BAHAN-BAHAN:
9 tangkai cili hijau (kisar)
2 papan petai
1 labu bawang besar
1 sudu besar cuka
Garam dan gula
1 keping isi ikan tenggiri masin (goreng)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Kemudian tuangkan cili hijau kisar, dan bubuhkan cuka, garam dan gula.
3. Masukkan petai dan isi ikan masin. Tumis sehingga cili masak.

Saturday, June 19, 2010

Sambal tumis ikan bilis

 ni lauk favourite in the house...and here is the secret recipe...

how to do it?
1- ikan bilis goreng sekejap- angkat tak perlu garing sangat
2- blend cili kering + garlic - tumis dgn minyak yg sedikit..kacau sampai naik minyak, put salt and gula merah ( kalau byk ni punya sambal 3 sudu teh gula merah), kalau ada gula kabung yg leper bulat tu patah dua boh setengah je..
3- blend satu biji tomato medium size- curah dalam kuali tadi, kacau lagi, if tak ada tomato air asam jawa pun ok but our family recipe use tomato blend..lebih sedap
4- letak ikan bilis dan bawang besar yg dah dihiris..kacau kalau nak pekat lama sikit kalau nak berkuah kacau sekejap je..biasa kita makan ada kuah like picture above...