Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Tart telur

tat telur

Dsc02430
mudah aje

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Friday, November 26, 2010

Puding roti croissant

semua ni dari file lama extracted to here...


SEBELUM DIBAKAR


 
SELEPAS DIMASAK
 
250 ml susu segar
200 ml whipping cream
100 gm gula kastor
4 biji telur
vanila
Croissant (sliced)

Caranya
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian masukkan gula dan kacau. Jangan dipukul.
Tambahkan vanila dan masukkan susu segar . Kacau lagi.
Masukkan whipping cream dan kacau.
Tapiskan bahan di atas dan ketepikan.
Sapukan butter pada loyang.
Masukkan croissant yang dipotong ke dalam loyang.
Masukkan bahan yang ditapis tadi ke atas roti.
Bakar selama 40 minit (170 C) secaara double boiler.
Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan


campuran telur, susu segar, gula , vanila dan whipping cream.


Croissant

 
Double Boiler


Siap Dibakar
 

Puding kukus strawberi n laici

from my resepi

Puding Kukus Strawberi & Laici

Dscn7733
 Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici (toskan dan simpan sirapnya)
  • 4 biji telur ayam
  • 4 keping roti (Gardenia, High 5, etc)
  • 1 kotak jeli kristal strawberi / raspberi
  • 400ml air (untuk menyediakan jeli)
  • 1 sudu besar gula pasir

Cara-cara

  1. Kisar roti, susu cair, sirap laici, gula pasir dan telur sehingga hancur. Potong buah laici mengikut saiz kesukaan anda dan ketepikan.
  2. Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai masak. Keluarkan dan sejukkan.
  3. Panaskan air dan masukkan serbuk jeli kristal (tambah 2-3 sudu besar gula pasir kalau suka manis). Kacau sampai larut.
  4. Susun buah laici di atas adunan kukus tadi. Tuang jeli kristal yang telah di masak tadi ke atas adunan. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang..

Tuesday, November 23, 2010

Fruits dessert

ni very simple nak prepare
fruits...any fruits..cut into small peices..then mix with yogurt and vanila ice-cream

Sunday, November 21, 2010

Puding prune

PUDING PRUNE
[http://ibujurenbiz.blogspot.com/2009/08/resepi-puding-mak-lang.html]
 
Bahan A:
 
v 1000 ml air
v 250 gm gula
v 10 gm agar-agar serbuk
 
Bahan B:
 
v 20 biji prune – 10 biji dikisar, 10 biji dicincang
v 4 biji telur
v 1 tin susu cair
v Esen vanilla
 
Cara menyediakannya:
 
Masak agar-agar dan gula hingga mendidih.
 
Satukan B (kecuali 10 biji prune untuk dicincang) dan kisar.  Tuang ke dalam agar-agar.  Masukkan prune cincang.  Masak sekejap.
 
Tuang dalam bekas dan sejukkan.  Boleh dimakan bersama susu cair atau begitu saja.
 

Wednesday, November 17, 2010

Sushi n california roll

 Buluh untuk menggulung sushi..blh beli kat jaya jusco rm4.50 kat rak supermarket bahan2 jepun




Beras jepun..masak 1 pot beras + 2 pot air..msk dlm rice cooker cam biasa..alamak ni seaweed lah jap mana rupa beras ni eh




seaweed blh beli kat any supermarket ada size besar or kecil
nasi baru masak
ha ni beras jepun..sekg rm10.90

bahan inti sushi..ketam n udang- kukus dulu kut nak ikut jepun mkn mentah blh gak

timun jepun n cili hijau panjang

tuna di msk sekejap campur chop onions n lada hitam/sulah

telur dadar..gulung n hiris

 

nasi dah masak tadi letak cuka..agak2 lah jgn byk sgt masam nanti blh terasa sikit ok lah..dkn 2 sd teh

letak nasi atas seaweed dan inti yg disukai

gulung guna tikar ni

dah siap di gulung..gambar ats tu kemudian patutnya he he

gulung ler sampai habis nasi n inti
potong dan simpan

ni nama california roll..seaweed tu belah dua buat mcm bungkusan kacang putih..isi nasi dan segala yg disukai blh mkn dgn kicap cair or mayo
taraa.....save duit..kat kedai sekeping rm1 ni

Monday, August 30, 2010

Tiramisu simple

this is lady fingers..





















ni bukan real resepi tiramisu sbb real resipi guna cheese mascorpane yg mahal giler tu..so this is simple version
1- ladies finger tu susun dlm loyang/bekas, renjis2 dgn air chocolate/susu chocolate..or guna penyepit celup air choc letak cepat2 dlm loyang/mangkuk nak hidang..biskut ni cepat lembut dan patah so kena hati2 angkat cepat2
2- sediakan cheese
250g whipping cream..beat dgn 50g gula halus..sampai kembang keluarkan dari bowl
250g cream cheese, beat dgn 50g gula halus dan 2 sudu besar serbuk koko..dah kembang campurkan dgn bahan whipping cream tadi..gaul rata guna spatula...senduk plastic tu lah
3- letak lapisan 2 atas 1, ratakan..ketuk2 sikit..
4- letak satu layer lagi biskut lady fingers tu..cara susun mcm dlm loyang kat atas tu kasi tutup adunan cheese..
5- letak lagi adunan no 2...ratakan..ketuk2..then ayakkan serbuk koko + coffee segera..tak suka coffee tak yah boh...tgk gambar atas..
6- parutkan chocolate atas serbuk koko tadi...boleh hias dgn buahan2 lain like strawberry, peach etc..
7- letak dlm fridge..bagi set dulu..makan sejuk2
kalau belum nak makan lagi, nak buat byk2 simpan dlm fridge jgn ayakkan lagi serbuk koko dan chocolate parut tu..bila nak makan baru ayakkan serbuk koko tu..tutup bekas tu rapat2 thats why i am using bekas plastic tu blh tutup bila nak makan ambil dari fridge...
ni boh dlm bekas casserol utk raya baru ni

yg bulat2 kecil tu dipanggil choc crispies..

Fruit cocktails

ni selalu sangat buat..kawan pun ada order..si wani suka benar kawan2 kat asrama tu soh dia bawa
ni version bawa pi masjid boh dlm mangkuk polisterin kecik2
ini my indian's friend order..last minute nak something yang vegetarian ada dinner function

resepi simple...
buat custard dia dulu ni masak main campak2 je

1 tin susu cair..masukkan air buahan2 dari mixed fruit or nata de coco yang dibeli..tapis buah2 ni air dia masukan dalam periuk campur dgn susu cair tadi
1/2 cup gula
6 tin air biasa
1 cup tepung custard
kacau atas api jangan tinggalkan nanti hangit tak sedap...kacau sampai pekat..bukan mcm buat pudding..
bahan2 buahan2 punya macam2 style
pisang emas kopek goreng sekejap dgn minyak panas, toskan..susun pisang dlm bekas..dan buahan2 lain..curah custard..pilihan buahan2 ikut suka..peach, mixed fruit, jelly..agar2 yg dah dibaut awal2 then potong2 or letak dlm acuan ikut shape yg disukai..raisins...makan sejuk2

Sunday, June 6, 2010

Fruit tartlets

Mak khadijah tu tempah...lama dah dia order asyik takde masa nak buat..so finally


FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh
PASTRY
Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara

Inti

Krim kastad :
100g instant kastard
200g air sejuk
100g non dairy topping cream

Cara :
Pukul semua dlm mixer sampai kental, jangan terlalu lama.
Paipkan krim , pakai nozel cream puff or swirl nozel.
Cucukkan buah2an. 










buat lebih bawa pi sekolah..semua puji sedap terus minta resepi ...jgn order eh wa tak larat nak buat benda ni sorang2...chef ada balik baru boleh buat he he
 ni version caca marba..dah tak larat after 150pc...tak pe ni semua left over nak bagi perabih..masuk perut orang kat rumah