Puding kukus strawberi n laici
from my resepi
Puding Kukus Strawberi & Laici
Bahan-bahan ( 10 orang )
- 1 tin susu cair
- 1 tin laici (toskan dan simpan sirapnya)
- 4 biji telur ayam
- 4 keping roti (Gardenia, High 5, etc)
- 1 kotak jeli kristal strawberi / raspberi
- 400ml air (untuk menyediakan jeli)
- 1 sudu besar gula pasir
Cara-cara
- Kisar roti, susu cair, sirap laici, gula pasir dan telur sehingga hancur. Potong buah laici mengikut saiz kesukaan anda dan ketepikan.
- Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai masak. Keluarkan dan sejukkan.
- Panaskan air dan masukkan serbuk jeli kristal (tambah 2-3 sudu besar gula pasir kalau suka manis). Kacau sampai larut.
- Susun buah laici di atas adunan kukus tadi. Tuang jeli kristal yang telah di masak tadi ke atas adunan. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang..
No comments:
Post a Comment