KUIH MAKMUR
Kuih tradisi yang ramai dah lupa. Cara saya modified…… tak bubuh kacang ditengah- tengah tapi campur sekali dengan tepung..nanti bila makan tak le bersembur…yang masuk inti kat tengah tu lambat… kena kepit lagi....rasa sama je. Tak cantik tapi ummmmmp punya. “melt-in=your mouth gitu”
Bahan yang perlu:)
500 gram cake/superfine flour, ayak
350 gram kacang tanah
250 gram ghee (unsalted), cairkan dan sejuk
1-1½ sudu teh garam
2 biji telur
Gula Icing (ayak) untuk salut.
Cara membuatnya:)
- Goring tepung atas api pelahan hingga kering dan ringan. Bila tepung tidak lagi melekat di kuali.
- Goring kacang hingga wangi. Buang kulit dan kisar kacang ketika masih suam jangan tika panas nanti keluar minyak pulak.
- Campur tepung, kacang dan garam dalam mixing bowl. Blend. Masukkan telur dan ghee cair dan gaul dengan kelajuan pelahan. Berhenti bila dah jadi doh. Jangan pukul lebih-lebih nanti keluar minyak….harap fahan le ya.
- Bulat-bulatkan dan letak atas dulang pembakar yang dilapik kertas. Bakar pada suhu 180 darjah C 10-15 minit.
- Sejukkan dulu makmur atas dulang tadi 15-20 minit. Salut dengan gula yang diayak. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment