Samperit Istimewa
Sumber: Chef Liza drp. Sweet Azza
Bahan-bahan:
A
Empat biji kuning telur (direbus)
100 gram gula kastor
¾ sudu kecil garam
B
100 gram minyak jagung Daisy
C
40 gram tepung gandum
100 gram tepung naik sendiri
80 gram tepung jagung
40 gram tepung kastard
(campur bahan C sekali)
D
½ sudu kecil coklat emulco
Hiasan:
Sapuan telur berkilat
1 biji telur
1 sudu besar susu cair
Kepingan badam secukupnya
Cara membuat sapuan berkilat daripada telur:
Campurkan telur dan susu cair, kemudian tapiskan. Sapuan telur digunakan untuk mengilatkan biskut supaya biskut tidak mudah hangus apabila dibakar.
Cara membuat biskut:
1. Putar bahan A selama empat minit. Masukkan minyak jagung dan putar selama satu minit. Masukkan bahan C dan putar lagi selama satu minit.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letakkan dalam mangkuk berasingan. Satu bahagian adunan diletakkan coklat emulco dan diramas sehingga sebati untuk mendapatkan warna coklat. Satu bahagian adunan lagi dibiarkan warna asal.
3. Adunan coklat dimasukkan ke dalam acuan samperit dan dipicit memanjang kira-kira lima sentimeter.
4. Kemudian, adunan berwarna asal dipicit bersebelahan untuk menjadi satu biskut.
5. Biskut disapu dengan telur dan dihias dengan kepingan badam.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 22 hingga 25 minit.
No comments:
Post a Comment