Tuesday, September 28, 2010

Beraya tepi jalan raya

 kami pi beraya rumah paklang/toklang..adik mak tok..sape pun tak ada kat rumah..so pegi lah kat gerai laksa dia tepi jalan tu..beraya lah di situ...laksa pak lang ni memang ummpppp..

dah lah tp jalan tu jam..semua org dok tgk kami makan laksa...

 pak lang n mak tok sakan sembang

 ni laksa power pak lang/ tok lang..semangkuk rm2 je..sedap gilersss...tanya pak lang nak resepi..pak lang jwb
boleh nanti paklang internet kat hangpa resepi nooo...semua pakat gelak...

 ni sawah padi kat belakang rmh pak lang tu..depa bakar ish ish ish...pencemaran betul
anak dara ni tak habis2 melaram...nak ambil gambar sawah pun dia mencelah

Wahai gelang...

this is a gift from my student...chinese student..last day nak raya tu she came to my desk..cikgu ni ada hadiah utk hari raya utk cikgu...wah...byk terkejut ooh...



































hai apahal semua tayang gelang ni....amboi wani...sib baik family blog je..jgn takbur...gelang raya ehhh

Chocolate chips

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP [hanieliza]

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepung gandum.. 



Wednesday, September 22, 2010

Cornflakes rice bubbles

Nak rasa kelainan untuk cornflakes madu cubala resepi ni, Ni antara my
kids favorite.. campuran kacang, bubblerice dan cornflakes
memberi kelainan dari segi rasa dan texturenya.. have fun baking!!!



Cornflakes madu.

90 gram sugar halus,
110 gram butter. (actually butter tu 113g selalunya baya masukkan
semua sahaja sebab nak buang only 3 gram buang karan aja)
6 sudu besar madu/golden syrup

Untuk cornflakes pula.
120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu) kalau kacang
selalunya baya guna kacang yg dalam tin saja.

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya. Kemudian tuangkan campuran cornflakes, Gaul sampai rata
bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F selama 11-12 minute.. :))..

Coconut cornflakes crunchies

best tau biskut ni one of my specialties..one of my top selling cookies too

Coconut Cornflakes Crunchies



Bahan:

105g butter
120g castor sugar (saya guna 100g aja)
1 tsp vanila
1 egg yolk
90g self-raising flour- sifted
30g desiccated coconut
Cornflake, crushed lightly

Cara Menyediakannya:

Beat butter, sugar and vanila.  Add in egg yolk, coconut and flour.  Beat at low speed for 20 second.  Stir in raisins.

Roll a teaspoonfuls of mixture into crushed cornflake, place on baking tray, bake for 15 min.

Apa yang saya buat cornflake tu dah ramas sikit letak dalam dulang, then letakkan adunan satu sudu, method drop macam buat choc chip cookies, drop banyak-banyak sampai penuh dulang, then baru golekkan satu-satu dgn cornflake tadi.  Bulat-bulatkan sambil tabur cornflakes.  Lastly tekan dgn jari jadi bulat terus letak atas loyang, kuih ni cepat masak, so guna api perlahan.

tgk lah cara kami membuatnya di bulan puasa yang lalu

tepung dia sgt lembik so kena guna 2 sudu letak atas cornflakes yg dah crushed tu then gelek guna tangan..bawa pi sek biskut ni semua minta resepi



































Friday, September 17, 2010

Hari Raya 2010

salam,
baru nak post gambar2 raya ni....hidangan raya rumah nenek biasalah lemang n rendang..jgn terliur pulak org sydney ye


lawa tak baju tahun ni hitam putih kehidupan...tp baju2 ni semua import tau he he my baju from bukit tinggi, indon. baju daddy from ho chin min




ni kat rumah nenek lagi...


duit raya..mari mari..

kat rumah nenek bulat


waris n kerabat...


pak uda n atok bakar...atok burn


mak dara- mak dara

rumah pak uda


raya di penang pulak..rumah mak tok almas and batrisya

Monday, August 30, 2010

Jejari oats

biskut ni femes tau kat internet..try lah google jejari oats sifu suria he he....actually the original recipe belongs to my friend..i only met her once a year....time marking paper pmr setahun sekali je lah..but dah 2 years tak jumpa dia because dah 2 years i retired from marking paper yang pening kepala ni..after 8 years of doing this job..i got so sick and tired...her name is sita...pandai masak dan menjahit..

dah siap ni satu bekas utk rumah, satu utk mak tok..satu utk nenek..tadi bungkus nak post kat adi tp org pejabat pos tu kata lebih baik tak payah nanti kena return sia2 je..



ni dari blog chetam

June 30, 2006

JEJARI OATS


Resepi yang sangat simple tapi sedap. Sedang mendapat sambutan hangat di RN.

JEJARI OATS
Sumber : Sifu Suria
Gambar : Mama Ghok (Yang buat biskut ni bukan Mama Ghok)

250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+ susu tepung.
tunggu sejuk baru gelek dgn campuran susu tepung +icing sugar tu tau....

Tiramisu simple

this is lady fingers..





















ni bukan real resepi tiramisu sbb real resipi guna cheese mascorpane yg mahal giler tu..so this is simple version
1- ladies finger tu susun dlm loyang/bekas, renjis2 dgn air chocolate/susu chocolate..or guna penyepit celup air choc letak cepat2 dlm loyang/mangkuk nak hidang..biskut ni cepat lembut dan patah so kena hati2 angkat cepat2
2- sediakan cheese
250g whipping cream..beat dgn 50g gula halus..sampai kembang keluarkan dari bowl
250g cream cheese, beat dgn 50g gula halus dan 2 sudu besar serbuk koko..dah kembang campurkan dgn bahan whipping cream tadi..gaul rata guna spatula...senduk plastic tu lah
3- letak lapisan 2 atas 1, ratakan..ketuk2 sikit..
4- letak satu layer lagi biskut lady fingers tu..cara susun mcm dlm loyang kat atas tu kasi tutup adunan cheese..
5- letak lagi adunan no 2...ratakan..ketuk2..then ayakkan serbuk koko + coffee segera..tak suka coffee tak yah boh...tgk gambar atas..
6- parutkan chocolate atas serbuk koko tadi...boleh hias dgn buahan2 lain like strawberry, peach etc..
7- letak dlm fridge..bagi set dulu..makan sejuk2
kalau belum nak makan lagi, nak buat byk2 simpan dlm fridge jgn ayakkan lagi serbuk koko dan chocolate parut tu..bila nak makan baru ayakkan serbuk koko tu..tutup bekas tu rapat2 thats why i am using bekas plastic tu blh tutup bila nak makan ambil dari fridge...
ni boh dlm bekas casserol utk raya baru ni

yg bulat2 kecil tu dipanggil choc crispies..

Fruit cocktails

ni selalu sangat buat..kawan pun ada order..si wani suka benar kawan2 kat asrama tu soh dia bawa
ni version bawa pi masjid boh dlm mangkuk polisterin kecik2
ini my indian's friend order..last minute nak something yang vegetarian ada dinner function

resepi simple...
buat custard dia dulu ni masak main campak2 je

1 tin susu cair..masukkan air buahan2 dari mixed fruit or nata de coco yang dibeli..tapis buah2 ni air dia masukan dalam periuk campur dgn susu cair tadi
1/2 cup gula
6 tin air biasa
1 cup tepung custard
kacau atas api jangan tinggalkan nanti hangit tak sedap...kacau sampai pekat..bukan mcm buat pudding..
bahan2 buahan2 punya macam2 style
pisang emas kopek goreng sekejap dgn minyak panas, toskan..susun pisang dlm bekas..dan buahan2 lain..curah custard..pilihan buahan2 ikut suka..peach, mixed fruit, jelly..agar2 yg dah dibaut awal2 then potong2 or letak dlm acuan ikut shape yg disukai..raisins...makan sejuk2

Donut Cheese

kalau google kat internet donut sifu suria or donut cikgu sue u will find this recipe..its my own creation ok..tp yg kat internet tu resepi lama dah edit a few times so this is it


3 cups flour
3 teaspoon yeast
3 tablespoon sugar
1 tablespoon marjerine/ shortening- ni sudu penuh kasi bumbung sikit
3 tablespoon milk powder
gaul rata semua bahan ni..kalau ada mixer tu let the machine do this job..kalau guna tangan gunalah jari jemari tu ok
dah rata letak 1 cup water (200ml)..uli sampai lembut..dough ni memang lembut ala2 lekat sikit2 kat tangan

uli macam biasa bulat2, tengah2 letak cheese..yg beli makan dgn sandwich tu..satu keping belah lah 8 letak tengah2 donut ni bulatkan semula..susun jarak dalam dulang dah lapik plastik supaya senang nak angkat utk goreng nanti
tunggu dia kembang 2 kali ganda goreng...salut gula halus